Ahad, 23 Mac 2014

Cari pokok

Kepada anda yang mahu mencari pokok yang ingin dimiliki, blog ini menyediakan perkhidmatan mencari dan menjual pokok tersebut dan menghantarnya melalui perkhidmatan pos. Ianya boleh terdiri dari pokok, palma, buluh atau pokok renek yang ditanam dalam polybag, keratan batang atau biji benih mengikut kesesuaian bagi tanaman tersebut. Harga tanaman akan dinyatakan apabila anda menghubungi kami melalui email seperti yang tertera di bawah.

Namun begitu, kami ada menyediakan senarai pokok yang sedia ada di tapak semaian kami bersama harganya bagi memberi cadangkan kepada anda yang mahu mencari tanaman untuk ditanam.

Selain dari bahan tanaman, kami juga menjual pelbagai jenis baja dan hormon pengalak akar. Sekiranya ada yang perlukan bahan atau peralatan lain bagi membantu pertumbuhan tanamam atau untuk penyelenggaraan ke atas tanaman, sila nyatakan dalam pesanan anda.

Kepada yang berminat sila berhubung melalui email macammacamada99@yahoo.com. Kami akan berusaha untuk memenuhi keinginan anda dan akan membalas email anda. Sekiranya kami tidak dapat menyediakan apa yang diingini anda, kami akan segera maklumi anda bagi memohon maaf sekiranya bahan yang anda pesan tidak dapat dicari pada waktu itu.

Maka jangan segan-segan menghubungi kami di sini. Khidmat nasihat akan diberi kepada yang memerlukannya. Semoga dengan usaha yang kita lakukan dapat membanyakkan lagi tumbuhan di atas bumi ini untuk kesejahteraan semua makhluk yang ada.

Akhir kata, "Selamat bertanam pokok..."

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada pokok melinjau tak?

Unknown berkata...

InsyaAllah akan ada. Kinu sedang disemai.